3. Sebenarnya saya tidaklah pro pembangkang mahupun kerajaan tetapi lebih kepada pemerhati bebas atau penilaian secara adil terhadap apa yang berlaku di dalam arena politik negara mahupun isu-isu semasa.
Sunday, 25 December 2011
| [+/-] |
Perbezaan pendapat |
3. Sebenarnya saya tidaklah pro pembangkang mahupun kerajaan tetapi lebih kepada pemerhati bebas atau penilaian secara adil terhadap apa yang berlaku di dalam arena politik negara mahupun isu-isu semasa.
Wednesday, 21 December 2011
| [+/-] |
Barisan Pimpinan MPP UiTM Johor |
Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan terus berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang sentiasa komited menjaga kebajikan mahasiswa/i UiTM Johor.
Mahasiswa/i UiTM Johor boleh menghubungi kami di sini atau terus berjumpa dengan barisan pimpinan di Bilik Gerakan MPP UiTM Johor. Terima Kasih.
Tuesday, 20 December 2011
| [+/-] |
Khas untuk 'Panglima Melayu' Petaling Jaya Utara! |
Anda semua masih ingat lagi tak post Faez© yang bertajuk [Nak ludah muka mahasiswa?] beberapa hari yang lepas? Haaa. Kali ni Faez© ada jumpa video yang menarik untuk tontonan umum dan ditujukan khas buat 'Panglima-panglima Perang Melayu' Petaling Jaya Utara.
Sama-sama kita saksikan.
Sunday, 18 December 2011
| [+/-] |
Hari Mahasiswa! |
| [+/-] |
Nak ludah muka Mahasiswa? |
'Panglima Perang' ni kena lah faham negara kita ni amalkan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat memilih mana-mana pemimpin atau parti politik untuk mentadbir. Terpulang lah pada mahasiswa tersebut nak pilih Dato Sri Najib ke, Anwar Ibrahim ke. Kita tidak ada hak untuk menghalang. Apa yang penting wujudkan politik integriti bukan nya politik hina-menghina atau ugutan.
Faez© "Panglima Melayu jika ada tarbiyyah pasti tidak akan ugut, hina dan ludah musuh mereka.. "
Thursday, 15 December 2011
| [+/-] |
Menarik! video lawan video |
Drama pendek Sembang Rakyat bertajuk 'Lagi Hudud PAS' ni didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk. Sebuah video yang penuh fitnah.
Bandingkan dengan video Sembang Rakyat dengan Oley! kat bawah ni
Sebuah video yang ringkas dan padat lepas tu tiada unsur kutuk mengutuk, fitnah menfitnah. Inilah dakwah yang kita semua rakyat dalam Malaysia mahukan. Sebuah filem pendek yang membicarakan penyakit masyarakat dan hukum hudud. Penampilan khas Saudara Bob Lokman dan Mat uthfi.
Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.
Pengajaran yang kita dapat? kalau nak tahu sesuatu hukum Allah kena tanya orang yang pakar terdiri dari kalangan ulama, ustaz, ustazah yang ikhlas berjuang di jalanNya. Bukan tanya pada ulama kedai kopi dan bukan tanya pada ulama yang mementingkan politik semata yang mana mereka ni hanya tertumpu atau baca atau tonton media-media perdana semata tanpa merujuk AlQuran dan Hadis.
Faez© "Kalau ye pun nak berpolitik. Tak sanggup rasanya nak hina hukum Allah.. Astaghfirullah"
Tuesday, 13 December 2011
| [+/-] |
Universiti membenarkan orang politik masuk kampus? |
Program di atas ni sudah cukup jelas undang-undang yang ada tidak diguna pakai dengan telus. Selagi undang-undang yang sedia ada belum dipinda, maknanya kita perlu menghormati dan mematuhi undang-undang tersebut.
Faez© "Agak-agak kalau jemput pemimpin pembangkang.. boleh lulus tak program tu?"
Saturday, 10 December 2011
| [+/-] |
Perkongsian ilmu bersama Ustaz Zahazan Mohamed |
Selalu nya dapat tengok kat tv dan dengar kat radio je tapi hari ni haaaa.. akhirnya dapat jumpa, dapat berdiskusi, bincang tentang ilmu agama dengan Ustaz Zahazan. Subhanallah.. Tak sangka dapat juga jumpa dengan beliau, Alhamdulillah. Walaupun sekejap tapi banyak ilmu yang beliau dapat kongsikan. Tak puas rasanya apabila berbual dan bertemu dengan tokoh ilmu ini. Kalau boleh nak menuntut ilmu dengan beliau setiap hari.
Ustaz Zahazan Mohamed juga menyampaikan khutbah solat Jumaat di Masjid As-Syakirin. Beliau tidak perlu baca teks namun mampu menyampaikan khutbah dengan baik. Walaupun tajuk khutbah begitu ringkas iaitu 'Masalah Hati' tapi pengisiannya padat dan memberi kesan pada Faez©. Perasan juga kawan-kawan yang selama ni bila dengar khutbah je mesti diorang tidur tapi bila Ustaz Zahazan bagi khutbah tak berkelip mata diorang. Hahaha. Mungkin terpegun dengan Ustaz kot.
![]() |
| Sesi pertukaran idea dan pandangan |
![]() |
| Dr Omar juga tidak melepaskan peluang |
![]() |
| Kami bersalaman dengan Ustaz Zahazan |
![]() |
| Sempat juga bergambar dengan Ustaz |
Saturday, 3 December 2011
| [+/-] |
Orang cina ada sebab kukuh pangkah bulan |
Beberapa hari yang lepas, Faez© sangat teruja apabila terjumpa sebuah video yang bertajuk 'Orang cina ada sebab kukuh kenapa pangkah bulan' di YouTube. Teruja bukan sebab Faez© ni penyokong atau ahli 'bulan' tetapi teruja dengan hujah yang diberikan oleh Vincent Lee.
Tambah beliau lagi "Agama Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan seharian". Jangan terkejut bila Vincent sempat menerangkan sikit pasal Perbankan Islam dalam video ni. Dia ni dah lah cina, kristian pulak tu.. sekurang-kurangnya dia tau sikit. Kita? Sama-sama kita renungkan.
Friday, 2 December 2011
| [+/-] |
Gempar! Ibu bercinta dengan anak kandungnya |
Semalam, seorang sahabat Faez© [ Wan Raedi ] mengirim satu video di laman sosial nya yang mengisahkan seorang Ibu bercinta dengan anak kandungnya. Video ini adalah rakaman sebuah rancangan televisyen berbentuk talkshow yang datang dari negara jiran, Indonesia.
Tak pernah sekalipun terlintas dalam kepala Faez© perkara pelik macam ni ada berlaku dalam dunia. Mungkin sebelum ni kita pernah dengar pasal hubungan sejenis (gay/lesbian), mak nyah dan sebagai nya tapi kisah cinta anak dan ibu sehingga membawa mereka ke lembah zina adalah satu perkara baru buat Faez©. Tak pasti lah kalau-kalau ada di kalangan sahabat Faez© atau orang di luar sana biasa dengan cerita yang tak senonoh macam ni.
Astaghfirullah.. Tak sanggup rasanya nak menonton video ni berulang kali, rasa jijik, loya, geli nak muntah bila dengar komen dan ulasan dari pengacara dan juga 'pasangan bahagia' tu . Cukup lah Faez© tengok sekali. Anak dan ibu tersebut langsung tak ada rasa bersalah malah bangga dengan perlakuan mereka. Rancangan televisyen tu pula seolah-olah menyokong tindakan songsang dan berdosa tu.
Betul kita kena patuh dengan setiap arahan ibu supaya tak jadi seorang anak yang derhaka tapi jangan lah sampai ibu suruh buat perkara maksiat yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT pun kita ikut. Ada akal, ada iman.. fikirlah!
Malas la cakap banyak. Saksikan sendiri video ni, semoga dapat di jadikan pengajaran untuk kita semua.
Sebab itu penting nya ilmu agama yang kukuh dalam diri seorang muslim. Sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat dan sentiasa lah berusaha untuk mendekatkan diri kita ni dengan Allah SWT supaya dapat mempertahankan diri kita daripada terjebak dengan maksiat. Apabila ada ilmu wajib untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Ikut lah apa yang Allah SWT perintahkan dan tinggalkan apa yang di larang.
Faez© "Tanda-tanda kiamat ni, bertaubat lah sebelum terlambat..."
Tuesday, 29 November 2011
| [+/-] |
Wifi percuma di Negeri Selangor tahun depan! |
![]() |
Tahniah Kerajaan Negeri Selangor!
Hurm.. Bila lah Johor nak buat macam ni? Katakan lah Kerajaan Negeri Johor ni tak mampu nak bagi Wifi percuma, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan harga langganan setiap bulan pun jadi lah. Lepas tu jangan lupa tambah kelajuannya. Hehehe. Maklumlah, Thailand yang dikatakan sedikit mundur dari Malaysia pun internet jauh lebih MURAH.
Monday, 10 October 2011
| [+/-] |
Belanjawan 2012 (Kerajaan) |
“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”
MUQADDIMAH
Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.
Tuan Yang di-Pertua,
Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.
Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:
“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”
1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.
2. Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia hasil ikatan antara Kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena’kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara.
Tuan Yang di-Pertua,
3. Kisah kejayaan seumpama ini, bukan satu kelaziman, ia sebenarnya satu keluarbiasaan. Jika diimbau, terdapat banyak negara di dunia yang mempunyai lebih banyak potensi untuk berjaya daripada Malaysia di awal merdeka, namun, mereka telah rebah tersungkur di tengah jalan walaupun mengendong sarat hasil bumi, malah, tidak terbeban pula oleh faktor garis rekahan yang berpotensi memusnah, seperti, kemajmukan kompleks, perbezaan sosioekonomi yang terikat dengan faktor etnik sekalipun pemisahan fizikal wilayah negara.
| [+/-] |
Belanjawan Pakatan 2012 |
MUQADDIMAH
Sunday, 9 October 2011
| [+/-] |
Saya Sokong Hudud |
Wednesday, 13 July 2011
| [+/-] |
Tragedi Berdarah Memali 1985 |
1. Ramai di kalangan anak-anak muda pada hari ini termasuk diri saya tidak mengetahui apa yang berlaku di Memali pada tahun 1985. Namun, apabila saya baca artikel mengenai tragedi berdarah ini, barulah saya tahu apa yang berlaku dan mula timbul rasa sedih.
2. Diharapkan artikel dibawah dapat memberi iktibar dan membuka minda anda semua betapa kejamnya kerajaan Malaysia ketika itu.
Friday, 1 July 2011
Wednesday, 29 June 2011
| [+/-] |
Unggun Bersih |
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.
Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
Tuesday, 28 June 2011
| [+/-] |
BERSIH |
Friday, 6 May 2011
| [+/-] |
Wasiat Imam Syafie |
Wednesday, 4 May 2011
| [+/-] |
Diet Cara Rasulullah |














