Sunday, 18 December 2011

Nak ludah muka Mahasiswa?

Semalam Mahasiswa melakukan satu demonstrasi bagi menyatakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sudah tidak relevan dan patut dimansuhkan sekurang-kurangnya Seksyen 15 yang antara isi kandungannya tidak membenarkan pelajar berpolitik. Sekitar 500 mahasiswa universiti awam yang terlibat berjaya menyerahkan memorandum kepada Suhakam kemudian kumpulan itu menuju ke PWTC yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn untuk menyerahkan memorandum kepada wakil parti tersebut. Mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.



Ada satu video menarik dan kelakar sesuai untuk tontonan umum. Geli hati Faez© bila menonton video ni.


Amboi. Siap nak tampar, nak ludah mahasiswa yang tidak sokong kepada mereka. Persoalannya berani ke mereka nak buat sedemikian rupa? Mereka tidak sedar dan lupa apa yang telah berlaku di Mesir dan Tunisia. Mahasiswa lah yang turun di jalan raya mendesak kerajaan memerintah supaya berundur. Kalau berani ludah lah dan tampar lah mahasiswa yang menentang anda.


'Panglima Perang' ni kena lah faham negara kita ni amalkan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat memilih mana-mana pemimpin atau parti politik untuk mentadbir. Terpulang lah pada mahasiswa tersebut nak pilih Dato Sri Najib ke, Anwar Ibrahim ke. Kita tidak ada hak untuk menghalang. Apa yang penting wujudkan politik integriti bukan nya politik hina-menghina atau ugutan. 


Faez© "Panglima Melayu jika ada tarbiyyah pasti tidak akan ugut, hina dan ludah musuh mereka.. "







2 comments:

dua2 pihak takde akal..hahaa

budak2 berbain bola....maen bole di tepi kali...kalu tau diri tu hebat sangat...pasti otak tak jadi batu....