Friday, 2 December 2011

Gempar! Ibu bercinta dengan anak kandungnya

Semalam, seorang sahabat Faez© Wan Raedi ] mengirim satu video di laman sosial nya yang mengisahkan seorang Ibu bercinta dengan anak kandungnya. Video ini adalah rakaman sebuah rancangan televisyen berbentuk talkshow yang datang dari negara jiran, Indonesia. 


Tak pernah sekalipun terlintas dalam kepala Faez© perkara pelik macam ni ada berlaku dalam dunia. Mungkin sebelum ni kita pernah dengar pasal hubungan sejenis (gay/lesbian), mak nyah dan sebagai nya tapi kisah cinta anak dan ibu sehingga membawa mereka ke lembah zina adalah satu perkara baru buat Faez©. Tak pasti lah kalau-kalau ada di kalangan sahabat Faez© atau orang di luar sana biasa dengan cerita yang tak senonoh macam ni. 


Astaghfirullah.. Tak sanggup rasanya nak menonton video ni berulang kali, rasa jijik, loya, geli nak muntah bila dengar komen dan ulasan dari pengacara dan juga 'pasangan bahagia' tu . Cukup lah Faez© tengok sekali. Anak dan ibu tersebut langsung tak ada rasa bersalah malah bangga dengan perlakuan mereka. Rancangan televisyen tu pula seolah-olah  menyokong tindakan songsang dan berdosa tu. 


Betul kita kena patuh dengan setiap arahan ibu supaya tak jadi seorang anak yang derhaka tapi jangan lah sampai ibu suruh buat perkara maksiat yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT pun kita ikut. Ada akal, ada iman.. fikirlah!


Malas la cakap banyak. Saksikan sendiri video ni, semoga dapat di jadikan pengajaran untuk kita semua.








Sebab itu penting nya ilmu agama yang kukuh dalam diri seorang muslim. Sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat dan sentiasa lah berusaha untuk mendekatkan diri kita ni dengan Allah SWT supaya dapat mempertahankan diri kita daripada terjebak dengan maksiat. Apabila ada ilmu wajib untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian. Ikut lah apa yang Allah SWT perintahkan dan tinggalkan apa yang di larang.


Faez© "Tanda-tanda kiamat ni, bertaubat lah sebelum terlambat..."

5 comments:

subhanallah....selisih malaikat 44...dah tak geti malu ke hape...sampai masuk rancangan tv bagai...

apa dah jadi?? kenapa semestinya rancangan seperti ini..utk pengajaran ataupun sebaliknya..??

Dombret tuh mungkin nampak suami die yang lama dr paras rupa anak die kotsss.. :D pastuh Dombret tu yg beriya-iya tahan ank die.. cam ugut anak die.. haisshh.. dunia dah tua.. kite yang patut mencegah dan menjauhkan diri dari melakukan perkara seperti nih...perasan tak.. Dombret sedikit pon takde rasa malu.. Astaghfirullah.. Moge dorg sedar... insyaAllah :(

dunia hari ni buat jantung rasa berdebar - debar apa lagi yang akan jadi esok .
kadang - kadang sampai rasa malas dah nak ambil tau perkembangan semasa (berita) .
tapi , perlu supaya kita berfikir .

Semoga Allah menjauhkan kite semua daripada jelik ini