Saturday 10 December 2011

Perkongsian ilmu bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Faez© masih ingat lagi sewaktu zaman sekolah dulu. Boleh di katakan setiap hari lah, dalam perjalanan ke sekolah lebih kurang pukul 6:30 pagi pasti Faez© dengar radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM.FM) iaitu slot Tafsir Quran yang dikendalikan oleh Ustaz Zahazan Mohamed. Lepas tu, selalu juga Faez© muat turun video ceramah dan tazkirah beliau dari YouTube.


Selalu nya dapat tengok kat tv dan dengar kat radio je tapi hari ni haaaa.. akhirnya dapat jumpa, dapat berdiskusi, bincang tentang ilmu agama dengan Ustaz Zahazan. Subhanallah.. Tak sangka dapat juga jumpa dengan beliau, Alhamdulillah. Walaupun sekejap tapi banyak ilmu yang beliau dapat kongsikan. Tak puas rasanya apabila berbual dan bertemu dengan tokoh ilmu ini. Kalau boleh nak menuntut ilmu dengan beliau setiap hari. 


Ustaz Zahazan Mohamed juga menyampaikan khutbah solat Jumaat di Masjid As-Syakirin. Beliau tidak perlu baca teks namun mampu menyampaikan khutbah dengan baik. Walaupun tajuk khutbah begitu ringkas iaitu 'Masalah Hati' tapi pengisiannya padat dan memberi kesan pada Faez©. Perasan juga kawan-kawan yang selama ni bila dengar khutbah je mesti diorang tidur tapi bila Ustaz Zahazan bagi khutbah tak berkelip mata diorang. Hahaha. Mungkin terpegun dengan Ustaz kot.


Sesi pertukaran idea dan pandangan
Dr Omar juga tidak melepaskan peluang
Kami bersalaman dengan Ustaz Zahazan

Sempat juga bergambar dengan Ustaz



Faez© "Terbaik lah Ustaz! Nanti datang lagi ye.."

2 comments:

Alhamdulillah..
bertuah dapat jumpa insan hebat seperti ustaz zahazan ini~
erm kita pn dgr ikim fm n tgk je ..tak berksmpatn ke temu lagi..
seronok kan berkongsi dan terasa kagum dgn ilmu Allah yg mereka smpaikan..
moga2 segalanya dapat dmnfaatkn dalam kehidupan..Insya-Allah...

ya Allah....dia ke smpaikan khutbah...i wish im there...tpaksa balik plak lpas hbs kelas....