Tuesday 13 December 2011

Universiti membenarkan orang politik masuk kampus?

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) daripada kerajaan atau swasta hari ni menggunakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) atau AKTA 174 yang mana undang-undang ini menekankan bahawa mahasiswa tidak dibenarkan berpolitik, menyatakan simpati atau sokongan kepada mana-mana parti politik, membawa masuk unsur-unsur politik dalam kampus dan yang sewaktu dengannya.
 


Haaa.. ini lah gambar yang Faez© jumpa semalam.

Faez© sebagai mahasiswa berasa hairan dan kesal apabila ada pihak yang menganjurkan sebuah program dan program tersebut melibatkan individu daripada sebuah parti politik . Pada pendapat Faez© dari segi pengisian program memang tidak jadi masalah dan layak mendapat pujian. Ramai lagi tokoh akademik lain yang boleh dijemput oleh pihak penganjur contohnya Ustaz Pahrol Juoi yang menulis sebuah buku bertajuk "Dilema Melayu-Islam"

Setahu Faez©,  Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar pernah mengatakan "politik di universiti hanya akan memecahkan perpaduan sesama penuntut sedangkan matlamat utama mereka ialah menimba ilmu dan mendapat pekerjaan bagi menjamin masa depan" dan beliau juga tidak membenarkan mana-mana parti politik atau menjemput individu atas jawatan dalam mana-mana parti politik untuk masuk ke dalam kampus. Persoalannya, bagaimanakah program ini boleh diluluskan oleh pihak pentadbiran universiti? 

Semua mahasiswa berharap agar pihak universiti telus dalam melaksanakan undang-undang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. Faez© tidak mahu, undang-undang seperti AUKU atau AKTA 174 hanya dikenakan terhadap pelajar yang dilabel atau menyertai program-program yang melibatkan parti politik pembangkang tetapi mahasiswa yang berpihak kepada parti politik kerajaan terlepas daripada undang-undang. Islam adil dan menuntut umatnya melaksanakan keadilan maka laksanakan lah undang-undang itu dengan adil.


Program di atas ni sudah cukup jelas undang-undang yang ada tidak diguna pakai dengan telus. Selagi undang-undang yang sedia ada belum dipinda, maknanya kita perlu menghormati dan mematuhi undang-undang tersebut.

Faez© "Agak-agak kalau jemput pemimpin pembangkang.. boleh lulus tak program tu?"


















0 comments: