Tuesday 29 November 2011

Wifi percuma di Negeri Selangor tahun depan!




Yang Berhormat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma. 

Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru, ujar beliau lagi.

“Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara,” katanya.




Tahniah Kerajaan Negeri Selangor!

Bestnya duduk kat Selangor dapat Wifi percuma. Kalau dah percuma maknanya tak perlu lah bayar bil internet bulan-bulan. Ringan sikit beban rakyat Selangor

RM49 x 12bulan = RM588

RM49 tu jumlah yang perlu Faez© bayar bil internet setiap bulan. Fuhhhh.. kalau lah Kerajaan Negeri Johor bagi perkhidmatan internet percuma. Cuba bayangkan, Faez© dan rakan-rakan di UiTM ni boleh jimat RM588 setahun tau! Sekurang-kurangnya penjimatan ni boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan yang lain. Beli buku ke, makan ke.. tak pun bagi kat adik-adik Faez© buat duit belanja sekolah mereka. Betul tak?

Hurm.. Bila lah Johor nak buat macam ni? Katakan lah Kerajaan Negeri Johor ni tak mampu nak bagi Wifi percuma, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan harga langganan setiap bulan pun jadi lah. Lepas tu jangan lupa tambah kelajuannya. Hehehe. Maklumlah, Thailand yang dikatakan sedikit mundur dari Malaysia pun internet jauh lebih MURAH

Faez© "Untunglah orang yang duduk Selangor... "

3 comments:

Maka bankrup lah celcom, maxis, PI wimax, stremix dan yg sewaktu dgnnye kt selangor nih.. hahah..

kita tunggu dan lihatlah ya... kalau betul apa salahkan. syukur dan alhamdullliah. kalau x der memang hampeh ....huhuhu

jgn nak berangan lah kau faez~