Saya Sokong Hudud
1. Hudud satu isu yang sedang hangat ketika ini.
2. Hudud ini satu perundangan Islam yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan ianya wajib dilaksanakan dan tidak boleh ditukar ganti dengan perundangan yang lain. Hudud adalah hak Allah.
3. Saya memuji tindakan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana usaha mereka mahu melaksanakan hudud. Saya sebagai seorang yang beragama Islam sudah pasti akan menyokong segala usaha dan tindakan untuk melaksanakan hudud di dalam negara kita ini.
4. Tetapi apa yang membuatkan saya pelik dan kesal adalah sikap segelintir pemimpin-pemimpin Melayu Islam kita pada hari ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya menolak suatu hukum yang datang dari Allah SWT.
5. Antara kenyataan pemimpin tersebut berbunyi begini “Kita tidak akan melaksanakan hudud kerana perundangan ini tidak sesuai dilaksanakan di dalam sebuah negara yang berbilang kaum”
6. Islam itu agama yang syumul. Satu agama yang universal. AlQuran yang Allah turunkan kepada Rasulullah untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini bukanlah hanya untuk golongan tertentu atau bangsa tertentu tetapi untuk semua. Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin ini secara terang-terangan telah menghina Islam. Beliau menggambarkan seolah-olah Islam ini sebuah agama yang jumud.
7. Begitu juga dengan sebuah akhbar tempatan (Utusan Meloya) yang semakin biadap telah berani menghina perundangan Allah SWT. Akhbar ini yang kononnya banyak menerbitkan berita-berita tentang perjuangan Melayu dan Islam tetapi pada hakikatnya menghina Islam.
8. Sepatutnya perlaksanaan hudud ini bukanlah hanya PAS sahaja yang berjuang tetapi sewajarnya semua orang Islam dalam Malaysia ini. Tidak kira mereka datang dari parti cap apa sekalipun. Selagi agamanya Islam dan perundangan ini datang dari Allah SWT maka wajib kita perjuangkannya.
9. Dalam sesuatu isu yang melibatkan Islam wajib untuk kita semua bersatu tanpa berpihak kepada mana-mana (non-partisan).
10. AlQuran menyelar golongan-golongan yang menolak Perundangan Islam (Hudud). Antara dalil di dalam AlQuran adalah “…Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak menghukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” Surah Al Ma’idah : 44.
11. Tidak cukup dengan itu “…Barangsiapa tidak menghukum perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik” Surah Al Ma’idah : 47.
12. Sudah terang lagi bersuluh, saya tidak sanggup untuk menggadaikan agama saya kerana kepentingan individu atau parti-parti politik tertentu. Saya menyokong perlaksanaan hudud bukan kerana PAS tetapi kerana Islam dan kerana perundangan ini datangnya dari Allah Azzawajallah.
” SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW ”
0 comments:
Post a Comment