Thursday 15 December 2011

Menarik! video lawan video

Drama pendek Sembang Rakyat bertajuk 'Lagi Hudud PAS' ni didakwa telah menghina hukum hudud dengan cuba memberi gambaran hudud bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah malah menjadikan masalah lebih teruk. Sebuah video yang penuh fitnah.


Cuba kita renungkan bersama, layakkah seorang wanita muslim yang tidak bertudung dalam erti kata lain tidak menutup aurat berhujah memburukkan hudud? Kalau betul mak cik tu penuh ilmu agama di dada, dah lama tudung menutupi kepalanya. Tutup aurat dulu lah mak cik, menutup aurat tu wajib hukumnya. Orang kalau dah terdesak nak kekalkan kuasa, mereka memang sanggup buat apa sahaja termasuk lah menghina hukum Allah SWT.





Bandingkan dengan video Sembang Rakyat dengan Oley! kat bawah ni



Subhanallah.


Sebuah video yang ringkas dan padat lepas tu tiada unsur kutuk mengutuk, fitnah menfitnah. Inilah dakwah yang kita semua rakyat dalam Malaysia mahukan. Sebuah filem pendek yang membicarakan penyakit masyarakat dan hukum hudud. Penampilan khas Saudara Bob Lokman dan Mat uthfi.


Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.


Pengajaran yang kita dapat? kalau nak tahu sesuatu hukum Allah kena tanya orang yang pakar terdiri dari kalangan ulama, ustaz, ustazah yang ikhlas berjuang di jalanNya. Bukan tanya pada ulama kedai kopi dan bukan tanya pada ulama yang mementingkan politik semata yang mana mereka ni hanya tertumpu atau baca atau tonton media-media perdana semata tanpa merujuk AlQuran dan Hadis.


Faez© "Kalau ye pun nak berpolitik. Tak sanggup rasanya nak hina hukum Allah.. Astaghfirullah"

4 comments:

terbaek la video ni.. teruskan mnulis =)

Insyaallah sy akan teruskan menulis demi kebenaran.

lol kata pas suke memfitnah, then yang dorng cakap dalam video neh apa pulak? bukan fitnah juga? kata dulang paku serpih lah wehh.

Sembang Rakyat yes fitnah, tetapi video Oley! menjelaskan hakikat realiti yang berlaku di Malaysia dan menerangkan hukum hudud yang sebenar kepada masyarakat. Filem pendek (Oley!)ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan dalam klip video 'Sembang Rakyat' yang bertajuk 'Musim hudud' dan 'Hudud PAS lagi'.