Sunday, 25 December 2011

Perbezaan pendapat

1. Kita perlu ada prinsip perjuangan dan pendirian yang jelas. Tugas hakiki kita sebagai mahasiswa adalah untuk belajar kemudian mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan, namun perjuangan menuntut keadilan, kesaksamaan dan keamanan negara juga terletak di bahu kita.

2. Ramai dikalangan sahabat mahupun pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), mahasiswa di kampus yang menyangka saya punyai idealisma dan prinsip perjuangan yang bahaya kepada kerajaan atau lebih mudah di kenali sebagai pro pembangkang.

3. Sebenarnya saya tidaklah pro pembangkang mahupun kerajaan tetapi lebih kepada pemerhati bebas atau penilaian secara adil terhadap apa yang berlaku di dalam arena politik negara mahupun isu-isu semasa. 

[+/-] Read More...

Wednesday, 21 December 2011

Barisan Pimpinan MPP UiTM Johor

Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) akan terus berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang sentiasa komited menjaga kebajikan mahasiswa/i UiTM Johor. 


Mahasiswa/i UiTM Johor boleh menghubungi kami di sini atau terus berjumpa dengan barisan pimpinan di Bilik Gerakan MPP UiTM Johor. Terima Kasih.



Jutaan terima kasih kepada Mohd Haikal atau Kalcubemaster yang berusaha keras menyiapkan video ini. Faez© amat lah menghargainya.

Faez© " Walau apa pun yang terjadi Akademik tetap menjadi matlamat utama kami.."

[+/-] Read More...

Tuesday, 20 December 2011

Khas untuk 'Panglima Melayu' Petaling Jaya Utara!

Anda semua masih ingat lagi tak post Faez© yang bertajuk [Nak ludah muka mahasiswa?] beberapa hari yang lepas? Haaa. Kali ni Faez© ada jumpa video yang menarik untuk tontonan umum dan ditujukan khas buat 'Panglima-panglima Perang Melayu' Petaling Jaya Utara. 


Sama-sama kita saksikan.





Hahaha. Berani betul 'Panglima Myspace' memperli 'Panglima Perang Melayu' Petaling Jaya Utara. Mahasiswa ni tak takut pun setakat nak ugut nak tampar, nak ludah. Orang tua-tua kata, buat baik dibalas baik. Buat jahat, dibalas jua lah dengan kejahatan. Buat video, dibalas dengan video. Kalau tampar? ludah? Fikir-fikir kan. 

Kepada yang masih tak faham apa yang sedang berlaku boleh klik sini dan sini.

Faez© "Padan muka 'Panglima Perang Melayu' Hahaha!"

[+/-] Read More...

Sunday, 18 December 2011

Hari Mahasiswa!

Semalam lebih kurang pukul 2 petang Mahasiswa melakukan satu demonstrasi bagi menyatakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sudah tidak relevan dan patut dimansuhkan sekurang-kurangnya Seksyen 15 yang antara isi kandungannya tidak membenarkan pelajar berpolitik. Sekitar 500 mahasiswa universiti awam yang terlibat berjaya menyerahkan memorandum kepada Suhakam kemudian kumpulan itu menuju ke PWTC yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn untuk menyerahkan memorandum kepada wakil parti tersebut. Mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTCdengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.













 Faez© "Kami pantang di cabar! Hehehe. "

[+/-] Read More...

Nak ludah muka Mahasiswa?

Semalam Mahasiswa melakukan satu demonstrasi bagi menyatakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sudah tidak relevan dan patut dimansuhkan sekurang-kurangnya Seksyen 15 yang antara isi kandungannya tidak membenarkan pelajar berpolitik. Sekitar 500 mahasiswa universiti awam yang terlibat berjaya menyerahkan memorandum kepada Suhakam kemudian kumpulan itu menuju ke PWTC yang menempatkan ibu pejabat Umno di Menara Dato Onn untuk menyerahkan memorandum kepada wakil parti tersebut. Mahasiswa berdemonstrasi dan dapat menawan ibu pejabat Umno di PWTC dengan membawa satu tuntutan iaitu kebebasan akademik.



Ada satu video menarik dan kelakar sesuai untuk tontonan umum. Geli hati Faez© bila menonton video ni.


Amboi. Siap nak tampar, nak ludah mahasiswa yang tidak sokong kepada mereka. Persoalannya berani ke mereka nak buat sedemikian rupa? Mereka tidak sedar dan lupa apa yang telah berlaku di Mesir dan Tunisia. Mahasiswa lah yang turun di jalan raya mendesak kerajaan memerintah supaya berundur. Kalau berani ludah lah dan tampar lah mahasiswa yang menentang anda.


'Panglima Perang' ni kena lah faham negara kita ni amalkan sistem demokrasi yang membenarkan rakyat memilih mana-mana pemimpin atau parti politik untuk mentadbir. Terpulang lah pada mahasiswa tersebut nak pilih Dato Sri Najib ke, Anwar Ibrahim ke. Kita tidak ada hak untuk menghalang. Apa yang penting wujudkan politik integriti bukan nya politik hina-menghina atau ugutan. 


Faez© "Panglima Melayu jika ada tarbiyyah pasti tidak akan ugut, hina dan ludah musuh mereka.. "







[+/-] Read More...